Saturday 21 July 2012

REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH

"YA ALLAH. JIKA REZEKI ITU DATNGNYA DARI LANGIT..MAKA TURUNKANLAH..JIKA IA ADA DI BUMI,MAKA KELUARKANLAH... JIKA SUKAR MAKA MUDAHKANLAH.. JIKA HARAM, MAKA BERSIHKANLAH..JIKA JAUH, MAKA DEKATKANLAH.. DENGAN KEBENARAN DHUHA-MU DAN KECEMERLANGAN MU, KEKUASAANMU, MAKA KURINAKANLAH KIRANYA APA2 YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA HAMBA2MU YG SOLEH "

ingat.. sebagai hamba Allah.. sekecil mana pun rezeki yang kita dapat. kita harus bersyukur.. itulah ujian dalam kehidupan... InsyaAllah.. segala kesabaran pasti ada kenikmatan kelak ~~

Saturday 17 December 2011

KREATIVITI KANAK-KANAK

apa yg kita tahu pasal kreativiti??kreativiti itu satu penghasilan idea yg pelbagai dan dapt menghasilkan sesuatu yg unik dan menarik..untuk kite kenal lebih dalam tentang kreativiti...jom kita baca di bawah ni..
  1. kreativiti merupakan apabila diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik. ( Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd Hamid, 2001 )
  2. 1974 menyatakan kreativiti itu ialah melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain. 
  3. menurut kamus dewan (2002) pula menjelaskan kreativiti merupakan daya cipta untuk membuat sesuatu yang kreatif.

Sebenarnya ada banyak lagi istilah2 kreativiti..boleh la bca buku sndiri yer..huhu..ok la..


skrang ni jom kite kenal pula pasal kreativiti kanak-kanak..apa yang kita tahu kanak-kanak itu memang suka berimaginasi dan sangat kreatif dalam berfikir. mereka akan melukis apa sahaja yang mereka nampak..seperti contengan-contengan pada kertas lukisan atau dinding, dan sbagainya..kanak-kanak akan menunjukkan sifat kreatifnya apabila mereka melakukan sesuatu..pengalaman estetik kanak-kanak diperoleh melalui penglihatan,pengalamn dan eksplorasi...okla... malas la nk celoteh panjang2...jom tengok gambar... ;)

kanak-kanak lebih bersifat ekspresif

lukisan kartun yang disukai kanak-kanak

imaginasi kanak-kanak

contoh lukisan kanak-kanak


Thursday 15 December 2011

TERORI KREATIVITI TAYLOR

TEORI KREATIVITI TAYLOR

Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang mengatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar.  Dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.  Seorang pendidik itu perlu melakukan aktiviti semasa proses pembelajaran.  Secara tidak langsung bakat yang ada pada pendidik itu dapat ditonjolkan kepada murid-muridnya.
Dalam teorinya juga, Taylor telah menyarankan bahawa terdapat lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. 
Jenis-jenis kreativiti tersebut ialah kreativiti bersifat ekspresif, kreativiti melalui penghasilan, kreativiti inventif, kreativiti inovatif dan kreativiti bersifat imaginatif.  

Wednesday 5 October 2011

apa pon tak boleh....

tak tahu la apa yg nak dikongsi kat blog ni,,ni pun dah berbulan bulan tak update,,ntah hape2 lah yang aku buat..huh...ape pon tak boleh la....