Thursday 15 December 2011

TERORI KREATIVITI TAYLOR

TEORI KREATIVITI TAYLOR

Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang mengatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar.  Dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.  Seorang pendidik itu perlu melakukan aktiviti semasa proses pembelajaran.  Secara tidak langsung bakat yang ada pada pendidik itu dapat ditonjolkan kepada murid-muridnya.
Dalam teorinya juga, Taylor telah menyarankan bahawa terdapat lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. 
Jenis-jenis kreativiti tersebut ialah kreativiti bersifat ekspresif, kreativiti melalui penghasilan, kreativiti inventif, kreativiti inovatif dan kreativiti bersifat imaginatif.